Deursoek hierdie blog

SENANDUNG PADANG GURUN TENTANG MUHAMMAD


בשם יהוה הרחםן והרחום / بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum [السلام عليكم] / Shalom Aleichem [השלם עליכם] kpd penganut2 Kitab Tauhid Samawiyyah yg dirahmati ALLAH subhana Hu Wata’ala.
Segala puji bagi Rabbul ‘Alamin, ALLAH Subhana Hu Wata’ala / Haqodosh Baruch Hu, Eloh Yg Maha Wujud dan Maha Kekal selama2nya. Selawat dan salam kpd Bapa Segala Umat, Nabi Ibrahim / ابراهيم / אברהם / Avraham Khalilullah a.s, kpd Nabi Musa / موسى / משה / Mosheh Kalimullah a.s, kpd Nabi Yeshua ben Mariam / ישוע בן מרים / 'Isa al-Masih Ruhullah a.s, kpd Khatamul Anbiya’ Junjungan Nabi Muhammad / محمد / מחמד / Machammad Rasullullah s.a.w dan kpd semua Nabi2 dan Rasul2 Utusan-NYA.
Ketika 2 kekuatan dunia di Timur Tengah sedang bergolak, ketika kekuatan Rom di barat dan Parsi di timur saling beradu kekuatan, ketika empayar Kaisar Rom dan Kisra Parsi saling berusaha menundukkan dunia, tiba2 terdengar suara dari padang gurun Tanah Arab. Di Lembah Baka / Mekah, bumi yg kering dan tandus, padang gurun yg tidak menjanjikan sebarang kemewahan untuk manusia, padang gurun yg tidak pernah direbut baik oleh Rom mahupun Parsi. Jangankan dipijak, dijelingpun jauh sekali. Ini kerana tidak ada sedikitpun keistimewaan yg dapat dibanggakan bagi mereka yg melihat pada kilauan emas permata.
Namun, bagi manusia yg bijak, mereka tidak berpandangan begitu. Mereka adalah org yg mampu melihat apa yg tersembunyi di sebalik angin gurun yg kering dan panas. Mereka adalah golongan yg memahami Kitab2 Samawi. Mereka selalu membuka dan membaca gulungan Kitab para Nabi2 terdahulu. Mereka selalu melihat, memerhatikan dan memahami bukti2 dan tanda2. Mereka yg selalu menangisi dan mengharapkan janji2 kemunculan Nabi yg akan datang. Mereka yakin di tanah tandus, gersang, padang Paran ini, janji / nubuat purba pasti akan tertunai. Janji purba berupa berita gembira kpd bangsa2 dunia. Ini adalah sinar terang yg bakal menerangi sekaligus mengusir kegelapan.
Bukankah Nabi Musa / موسى / משה / Mosheh Kalimullah a.s, Nabi yg pernah diajak berbicara dgn ALLAH S.W.T / Haqodosh Baruch Hu secara langsung pernah berwasiat ketika menjelang wafatnya,
זֹ֣את הַבְּרָכָ֗ה אֲשֶׁ֨ר בֵּרַ֥ךְ מֹשֶׁ֛ה אִ֥ישׁ הָאֱלֹהִ֖ים אֶת־בְּנֵ֣י יִשְׂרָאֵ֑ל לִפְנֵ֖י מוֹתֽוֹ׃ וַיֹּאמַ֗ר יְהוָ֞ה מִסִּינַ֥י בָּא֙ וְזָרַ֤ח מִשֵּׂעִיר֙ לָ֔מוֹ הוֹפִ֙יעַ֙ מֵהַ֣ר פָּארָ֔ן וְאָתָ֖ה מֵרִבְבֹ֣ת קֹ֑דֶשׁ מִֽימִינ֕וֹ
"wezo't habaraka ’aser berake mosheh ’is ha’elohim ’et-bene yesera'el lifene mwotwo: wayyo’mar yehwa missînay ba’ wezaraḥ misse‘îr lamwo hwofî‘a mehar pa’ran we’ata meribebot mîmînwo ’esedat ’es dat lamwo"
Yg bermaksud, “Ini adalah berkat yg diberikan Musa, abadi ALLAH itu, kpd org Yishrael sebelum beliau mati. Berkatalah dia, ‘Tuhan datang dari Sinai dan terbit, kpd mereka dari Seir; Ia jelas bersinar dari pergunungan Paran dan datang dari tengah2 puluhan ribu org yg kudus; di sebelah kanan-NYA tampak kpd mereka api yg menyala.”
Kisah ini boleh dibaca dlm Torat Mosheh, Kitab Devarim 33:1-2. Paran adalah nama pergunungan yg membentang di sepanjang Semenanjung Arab. Di tengahnya terdapat kota Makkah. Kata Paran berasal dari kata “farrooni” yg bermaksud “dua org pelarian”, iaitu bonda Hajar dan Nabi Isma'il / اسمعيل / ישמעאל / Yishma'el Dzabihullah a.s sebagai penghuni pertama padang gurun Tanah Arab yg pada saat itu masih kosong.
Bonda Hajar dan Nabi Isma'il / اسمعيل / ישמעאל / Yishma'el Dzabihullah a.s yg menjadi induk bakal bangsa Arab atau Bani Yishmael yg nanti akan menurunkan Nabi Muhammad / محمد / מחמד / Machammad Rasullullah s.a.w.
Sinai adalah lokasi pergunungan tempat Nabi Musa / موسى / משה / Mosheh Kalimullah a.s mendapat wahyu Sepulah Perintah Tuhan. Manakala Seir pula adalah tempat di mana Nabi Yeshua ben Mariam / ن مريمعيسى ب/ ישוע בן מרים / 'Isa al-Masih Ruhullah a.s mendapat berita gembira, menghapus segala kedukaan selepas mendengar berita pembunuhan Nabi Yahya / يحي / יחנן / Yochanan Si Pembatis a.s, berganti dgn harapan besar.
Seorg anak manusia bakal lahir di suatu tempat laksana noktah hitam di antara lautan dan pasir putih. Seorg anak manusia akan lahir di sekitar bangunan purba Kaabah yg dibangunkan oleh Nabi Ibrahim / ابراهيم / אברהם / Avraham Khalilullah a.s. kaabah adalah Bait Suci ALLAH S.W.T / Haqodosh Baruch Hu di bumi. Kelahirannya diramal membawa dendang rindu yg berabad2 dinantikan. Kelahirannya laksana air putih suci penghilang dahaga. Tanda2 keNabian ada di dlm dadanya.
לַמְנַצֵּ֥חַ עַֽל־הַגִּתִּ֑ית לִבְנֵי־קֹ֥רַח מִזְמֽוֹר׃ 2 מַה־יְּדִיד֥וֹת מִשְׁכְּנוֹתֶ֗יךָ יְהוָ֥ה צְבָאֽוֹת׃ 3 נִכְסְפָ֬ה וְגַם־כָּלְתָ֨ה׀ נַפְשִׁי֮ לְחַצְר֪וֹת יְה֫וָ֥ה לִבִּ֥י וּבְשָׂרִ֑י יְ֝רַנְּנ֗וּ אֶ֣ל אֵֽל־חָֽי׃ 4 גַּם־צִפּ֨וֹר׀ מָ֪צְאָה בַ֡יִת וּדְר֤וֹר׀ קֵ֥ן לָהּ֮ אֲשֶׁר־שָׁ֪תָה אֶפְרֹ֫חֶ֥יהָ אֶֽת־מִ֭זְבְּחוֹתֶיךָ יְהוָ֣ה צְבָא֑וֹת מַ֝לְכִּ֗י וֵאלֹהָֽי׃ 5 אַ֭שְׁרֵי יוֹשְׁבֵ֣י בֵיתֶ֑ךָ ע֝֗וֹד יְֽהַלְל֥וּךָ סֶּֽלָה׃ 6 אַשְׁרֵ֣י אָ֭דָם עֽוֹז־ל֥וֹ בָ֑ךְ מְ֝סִלּ֗וֹת בִּלְבָבָֽם׃ עֹבְרֵ֤י׀ בְּעֵ֣מֶק הַ֭בָּכָא מַעְיָ֣ן יְשִׁית֑וּהוּ גַּם־בְּ֝רָכ֗וֹת יַעְטֶ֥ה מוֹרֶֽה׃ יֵ֭לְכוּ מֵחַ֣יִל אֶל־חָ֑יִל יֵרָאֶ֖ה אֶל־אֱלֹהִ֣ים בְּצִיּֽוֹן׃ יְה֘וָ֤ה אֱלֹהִ֣ים צְ֭בָאוֹת שִׁמְעָ֣ה תְפִלָּתִ֑י הַאֲזִ֨ינָה אֱלֹהֵ֖י יַעֲקֹ֣ב סֶֽלָה׃ מָ֭גִנֵּנוּ רְאֵ֣ה אֱלֹהִ֑ים וְ֝הַבֵּ֗ט פְּנֵ֣י מְשִׁיחֶֽךָ׃ כִּ֤י טֽוֹב־י֥וֹם בַּחֲצֵרֶ֗יךָ מֵ֫אָ֥לֶף בָּחַ֗רְתִּי הִ֭סְתּוֹפֵף בְּבֵ֣ית אֱלֹהַ֑י וּר בְּאָהֳלֵי־רֶֽשַׁע׃ כִּ֤י שֶׁ֨מֶשׁ׀ וּמָגֵן֮ יְהוָ֪ה אֱלֹ֫הִ֥ים חֵ֣ן וְ֭כָבוֹד יִתֵּ֣ן יְהוָ֑ה לֹ֥א יִמְנַע־ט֝֗וֹב לַֽהֹלְכִ֥ים בְּתָמִֽים׃
"lamənasseha ‘al-hagitît libene-qorah mizemwor: mah-yyedidwot misekenwoteyka yəhwa seba’wot: nikesefa wegam-kaletal nafesi leḥaṣərwōṯ yəhwâ libî ûḇəśārî yərannənû ’el ’ēl-ḥāy: gam-ṣipwōr| māṣə’â ḇayiṯ ûḏərwōr| qēn lāh ’ăšer-šāṯâ ’efərōḥeyhā ’eṯ-mizəbəḥwōṯeyḵā yəhwâ ṣəḇā’wōṯ maləkî wē’lōhāy: ’ašərê ywōšəḇê ḇêṯeḵā ‘wōḏ yəhaləlûḵā sselâ: ’ašərê ’āḏām ‘wōz-lwō ḇāḵə məsillwōṯ biləḇāḇām: ‘ōḇərê| bə‘ēmeq habāḵā’ ma‘əyān yəšîṯûhû gam-bərāḵwōṯ ya‘əṭeh mwōreh: yēləḵû mēḥayil ’el-ḥāyil yērā’eh ’el-’ĕlōhîm bəṣîywōn: yəhwâ ’ĕlōhîm ṣəḇā’wōṯ šimə‘â ṯəfillāṯî ha’ăzînâ ’ĕlōhê ya‘ăqōḇ selâ: māḡinnēnû rə’ēh ’ĕlōhîm wəhabēṭ pənê məšîḥeḵā: kî ṭwōḇ-ywōm baḥăṣēreyḵā mē’ālef bāḥarətî hisətwōfēf bəḇêṯ ’ĕlōhay midûr bə’âŏlê-reša‘: kî šemeš| ûmāḡēn yəhwâ ’ĕlōhîm ḥēn wəḵāḇwōḏ yitēn yəhwâ lō’ yiməna‘-ṭwōḇ lahōləḵîm bəṯāmîm:"
"Betapa disenangi tempat kediaman-MU, ya Tuhan semesta alam! Jiwaku hancur karena merindukan pelataran2 ALLAH; hatiku dan dagingku bersorak-sorai kkpd ALLAH yg hidup.
Bahkan burung pipit telah mendapat sebuah rumah, dan burung layang2 sebuah sarang, tempat menaruh anak2nya, pada mezbah2-MU, ya Tuhan semesta alam, ya Rajaku dan ALLAH-ku! berbahagialah orang2 yg diam di rumah-Mu, yg terus-menerus memuji2 ENGKAU. Sela Berbahagialah manusia yang kekuatannya di dlm ENGKAU, yg berhasrat mengadakan ziarah! Apabila melintasi lembah Baka, mereka membuatnya menjadi tempat yang bermata air; bahkan hujan pada awal musim menyelubunginya dgn berkat. Mereka berjalan makin lama makin kuat, hendak menghadap ALLAH di Sion. Ya ALLAH, Tuhan semesta alam, dengarkanlah doaku, pasanglah telinga, ya Tuhan Yakub. Sela Lihatlah perisai kami, ya ALLAH, pandanglah wajah org yg KAU-urapi! Sebab lebih baik satu hari di pelataran-MU dari pada seribu hari di tempat lain; lebih baik berdiri di ambang pintu rumah Tuhanku dari pada diam di kemah2 org fasik. Sebab ALLAH, Tuhan adalah matahari dan perisai; kasih dan kemuliaan IA berikan; IA tidak menahan kebaikan dari org yg hidup tidak bercela. ya ALLAH, Tuhan semesta alam, berbahagialah manusia yg percaya kpd-MU!-
Kitab Tehilim 84:1-12
Teks di dlm Kitab Tehilim ini menceritakan lokasi lembah Baka / Makkah yg terletak di pergunungan Paran, di Bait ALLAH ini mempunyai mata air zam-zam, tempat menghadap ALLAH S.W.T / Haqodosh Baruch Hu dan tempat tujuan berziarah haji / حَجّ / חָג / chagg, tempat lahirnya seorg Nabi yg Ummi yg bernama Yg Terpuji / حمد / Hamada / Yg Diingini / חמד / Chamada. Di pelantar Bait ALLAH S.W.T /Haqodosh Baruch Hu, Makkah ini, satu hari lebih baik dari 1000 hari di tempat lainnya. Sebagaimana yg disabdakan oleh Muhammad / Org yg Terpuji itu,
“Dan sembahyang di Masjidil Haram [Makkah] lebih baik seratus ribu kali dpd sembahyang di masjid selainnya.”, direkodkan oleh Ibnu Majah.
Sebahagian ulamak mengatakan keutamaan seratus ribu kali lebih baik dibandingkan dgn tempat lain bukan hanya pada solat sahaja, tetapi juga dlm semua perbuatan baik, meskipun yg bukan bersifat solat. Imam Hasan al-Bashri berkata, “Semua perbuatan baik diberi pahala seratus ribu kali kebaikan.”
Tanda tahun kelahiran Nabi Muhammad / محمد / מחמד / Machammad Rasullullah s.a.w adalah adanya pasukan bergajah yg mahu menghancurkan Kaabah, Bait ALLAH di lembah Makkah. Pasukan Abrahah, boneka Kaisar Rom, kalah tersungkur sebelum tercapai maksud tujuannya. ALLAH S.W.T / Haqodosh Baruch Hu menghantar ribuan burung yg membawa batu2 belerang panas membara. Kisah ini tercatat kukuh dlm Kitab Tehilim 11, ayat 1 hingga 7.
Dlm teks di atas, disebutkan tentang org fasik yg cuba menghancurkan Bait ALLAH, Kaabah. Kemudian ALLAH S.W.T / Haqodosh Baruch Hu menghujani org fasik itu dgn arang berapi dan belerang. Kata “fasik” bermaksud “org yg faham ajaran agama tetapi mereka tetap melanggarnya”. Hal ini diwarisi oleh raja fasik beragama Nasrani / Kristian bernama Abrahah, penguasa Yaman.
Ibnu Hisyam, seorg sejarawan Muslim merekodkan Raja Abrahah adalah penganut Nasrani keturunan Habsyi. Sebagai penganut Nasrani yg beriman kpd Kitab Nabi2 keturunan Yishrael, sudah tentu Abrahah memahami ajaran2 keNabian tentang Kaabah yg berada di Makkah atau Paran.
Namun, walaupun dia tahu tentang semua itu, dia tetap mahu menghancurkan Kaabah dgn menghantar tentera bergajah. Oleh sebab itu, Kitab Tehilim / Mazmur menyebutnya sebagai fasik. Dia tahu hukum tetapi tetap melanggarnya. Akhirnya, sebelum sempat memasuki kpta Makkah, pasukan itu dihancurkan oleh ALLAH S.W.T / Haqodosh Baruch Hu dgn mengirim burung2 Ababil yg membawa batu2 panas dari Neraka Sijjil. Peristiwa ini terjadi tepat pada tahun kelahiran Nabi Muhammad / محمد / מחמד / Machammad Rasullullah s.a.w, iaitu pada hari Isnin, tanggal 12 Rabiul Awwal, tahun Gajah atau pada tahun 570 Masihi.
Kitab Suci al-Quran mengabadikan peristiwa ini di dlm surah al-Fill / Gajah,
Dgn Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, “Tidakkah engkau [wahai Muhammad] perhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap pasukan bergajah? Bukankah DIA telah menjadikan tipu daya mereka sia2? Dan DIA mengirimkan kpd mereka burung yg berbondong2. Yg melempari mereka dgn batu dpd tanah liat yg terbakar. Sehingga DIA menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun2 yg dimakan [ulat].” - shadaqaAllaahul 'adzhiim / Benarlah Firman ALLAH.
Ketika peristiwa ini terjadi, mata pencari berita pun semakin sukar terpejam. Satu bukti kehadiran Nabi baru bakal terlaksana. Ahmad, “Org yg Terpuji” itu, akan segera tiba. Janji ALLAH S.W.T / Haqodosh Baruch Hu pasti akan terjadi.
Saya tutup artikel ini dgn ayat Ilahi yg suci,
“Lo! the first Sanctuary appointed for mankind was that at Becca, a blessed place, a guidance to the peoples;”- Mohammed Marmaduke William Pickthall
“Sesungguhnya rumah yg mula2 dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yg di Bakkah (Makkah) yg diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.” – shadaqaAllaahul 'adzhiim - surah Ali Imran:96.
JazakAllaahu khayron katsiron, Yevarekha HaShem etkha.
كاسسيدي روي بين ايوب / KCD Roy al-Sarawaki ibn Ayub

Sumber rujukan:

.Terjemahan al-Quran al-Karim, Rasm Uthmani dlm Bahasa Melayu, terbitan al-Hidayah House of Quran
Sirah Nabawiyah, Ibnu Hisyam Jilid I, Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam
Qur'an English Translation, Mohammed Marmaduke William Pickthall.
Ha TaNaKh, Yaakov Ben Chayim.
Koleksi Hadith2 Ibnu Majah.

Geen opmerkings nie:

Plaas 'n opmerking